Selamat Datang ke Elegantly Beauty Chic!

Kecantikan sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Pelbagai produk yang pasti bersesuaian dengan kulit dan tona anda

Penemuan daripada sumber semulajadi untuk rawatan wajah yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi.

Ternyata, Pelanggan-Pelanggan Kami Cukup Berpuashati

Testimoni-testimoni dari pelanggan kami jelas menunjukkan kesan yang amat positif.

Penghantaran Produk Yang Efisyen

Segala tempahan anda akan kami uruskan dengan segera.

Hubungi Kami Sekarang!

Hubungi kami sekarang untuk tempahan atau maklumat produk.

Wednesday, May 15, 2013

HOT!HOT! SF Beauty DiSabotaj


Assalamualaikum..

Wah hangat sunggoh hari ni berikutan berita yang mengemparkan Malaysia pagi tadi...Banyak sms dan call yang masuk berikutan berita yang disebarkan dimedia tentang penarik balikkan KKM NOT produk SF Beauty dikatakan mengandungi merkuri.

Buat Pengetahuan semua, memang 2 bulan lepas ada pihak cuba sabotaj owner SF Beauty dengan menghantar sample tiruan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik balik NOT yang lama, Alhamdullilah setelah menghantar sample produk yang ORIGINAL, pihak syarikat telah dapat nombor KKM yang terbaru. (Refer gambar yg dilampirkan- Whatsapp diantara saya dan pengasas )

Pihak kami berharap semua dealer2 dan pengguna SF Beauty bersabar, ini adalah salah faham pihak media yang lambat mendapat infomasi terbaru daripada pihak pengasas dan kepada pengguna2 sf beauty di luar sana berhati-hatilah dengan produk tiruan yang semankin berleluasa sekarang ini.

Nasihat kami dapatkanlah produk SF Beauty yang original terus daripada kami yang sememang nya ORIGINAL.

Untuk pengetahuan semua pengasas sebenar SF Beauty tidak mempunyai laman pages di Facebook, mereka telah melantik pembekal. kami adalah salah seorang daripadanya yang mendapatkan stok byhand dari pengasas sendiri.

Buat Pengetahuan semua pihak kami hanya update kes SF TIRUAN kepada pengedar2 terbesar di bawah seliaan kami sahaja. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan bagi pengedar dan dropship.

Untuk mendapatkan SF Beauty Original boleh dapatkan daripada pengedar2 sah di bawah seliaan kami. Sekiranya ada pengedar masih menggunakan NOT yg lama..jangan risau itu adalah yg ORIGINAL fresh stok from owner SF Beauty.




















LATEST NOT FOR KKM APPROVAL


SF Beauty masih lagi seperti dahulu selamat di gunakan ^ -^

Dapatkan yg ORIGINAL dari kami ^-^

Thursday, June 14, 2012

ORDER

Kami adalah pembekal produk Sf Beauty bagi negeri Kelantan. Sesiapa yang berminat menjual produk ini adalah sangat dialu-alukan (belian harga dealer untuk belian 12 set ke atas dalam 1 resit) Penghantaran secara pos disediakan ke seluruh destinasi di Malaysia.

Sebarang order bolehlah sms ke talian 011-19806888.

INFO : KELIRU MEMILIH SABUN PEMBERSIH??






KELIRU MEMILIH SABUN PEMBERSIH WAJAH?

Ramai keliru untuk memilih sabun pembersih mana yang mereka patut guna. Kulit yang cantik dan sihat bukanlah warisan dari salasilah keluarga semata-mata. Akibat faktor cuaca, persekitaran, kesilapan skincare terdahulu serta tabiat pemakanan kurang sihat, maka jenis kulit boleh berubah-ubah. Andai sebelum ini anda berkulit halus atau normal, kini sesetengah bahagian wajah menjadi berminyak, kering atau sensitif. Hasilnya kebanyakan di antara kita memiliki jenis kulit kombinasi, macam2 masalah kulit wajah boleh timbul dalam satu masa.

Jadi bagaimana untuk memilih sabun pembersih Sf Beauty yang sesuai?

Pertama, ketahui fungsi dan kelebihan sabun pembersih tersebut. Secara ringkas, Vit-C adalah untuk 'merawat' juga membantu pertumbuhan sel2 kulit baru agar lebih sihat manakala Vit-E pula berperanan 'melindungi' serta memulih sel2 kulit sedia ada yang lesu/tidak bermaya supaya kembali segar/aktif dan lebih muda.

Kedua, kenali masalah kulit yang utama. Jika anda mengalami masalah jerawat teruk misal nya, tentulah anda perlu memilih set vit-C. Tanpa kehadiran vit-C, tisu kulit baru yang tumbuh akan alami kecacatan, kerana jaringan kolagen yang terbina dari dalam tidak cukup kuat untuk melahirkan kulit yang anjal dan sihat. Itulah punca kenapa terjadinya lopak2 atau bekas jerawat yang berlubang..

Ketiga, amati tahap sensitiviti kulit anda. Wajah kusam dan tampak normal adakala sangat sensitif terhadap sebarang bahan2 skincare. Ini boleh dilihat seandainya anda terkena terik matahari, wajah terus merah berbelang, bertukar produk kosmetik boleh membuatkan wajah naik ruam, berminyak atau berjerawat. Jadi jika anda dalam kategori berkulit sensitif (walau pun masalah utama anda kusam dan berjeragat) anda perlukan sabun Vit-C juga kerana ia lebih lembut pada kulit.

Keempat, sesuaikan dengan usia dan persekitaran. Untuk awal remaja yang sentiasa aktif, sama ada anda bermasalah kulit atau tidak (menjaga dan merawat kulit bukan hanya buat mereka yang alami masalah wajah serius, tapi ia rutin yang perlu di amalkan dari usia muda hingga ke akhir hayat), maka pilih lah Vit-C agar kulit anda sentiasa lembut dan halus. Bagi mereka yang sudah dewasa, terutama berusia pertengahan usia 30-an ke atas, pilihan yang sesuai untuk anda tentulah Vit-E kerana kandungan antioksidan nya berupaya melambatkan tanda2 penuaan awal seperti jeragat, kedutan halus dan struktur kulit yang kian hilang keanjalan.

Moga panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat. Namun seandainya anda sudah pun membeli dan menggunakan sabun pembersih yang 'kurang tepat' seperti dinyatakan di atas, contohnya, jika anda berkulit sensitif tetapi membeli set vit-E, tidak mengapa.. cuma cara penggunaan itu perlu disesuaikan semula. Usah biarkan buih2 sabun terlalu lama pada wajah, bilas secepatnya dan sapu krim sewaktu kulit masih lembab agar kulit tidak merengsa dan kering..:)


INFO : MANFAAT KRIM MALAM PADA MUKA

Sebelum ini saya seperti sebahagian mereka yang lain di luar sana beranggapan mencuci dan membersihkan muka dari sebarang kotoran/mekap sebelum tidur itu sudah cukup untuk melengkapkan regim penjagaan wajah seharian. Namun kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana penggunaan krim malam adalah SANGAT PENTING terutama bagi mereka yang sudah melewati usia 30-an.

Krim malam mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.

Semasa tidur, kita berada dalam keadaan rehat secukupnya dan bebas stress. Maka kulit berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum, menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda2 penuaan, memperbaiki dan memperbaharui sel2 kulit yang rosak, mengangkat sel2 kulit mati dan meremajakan lapisan kulit dari dalam.

Hasil amalan berterusan, kita pasti merasai perbezaan nya. Kita tidak mampu menghalang penuaan, tetapi kita boleh melambatkan proses itu dengan penjagaan wajah yang sewajarnya dari awal.



CARA MENGGUNAKAN PRODUK

Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli produk ini.

Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam adalah sama)

-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.

-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)

Asas penggunaan:

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari

Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.

Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.

Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.

Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal2 di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.

Berapa lama untuk melihat hasilnya?

Selain masalah kulit individu, faktor2 lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).

Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.

Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.

Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.

Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian.


Wednesday, June 13, 2012

KETERANGAN PRODUK



Sf Beauty tersedia dalam 2 set, sebagai pilihan kepada pengguna. Pilihlah yang sesuai dengan kulit dan masalah yang dihadapi. Gunakan secara teratur dan anda akan lihat kesan nya yang menakjubkan seawal 2-3 minggu!

Setiap set hanya mempunyai 3 item sahaja. Mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Setiap produk yang dijual di sini adalah original Kami mendapatkan bekalan terus dari pengasas produk ini sendiri.

SF Beauty Soap: NOT 110600593 K

Sabun Hijau (Vit-C) untuk kulit yang sedang menghadapi bermasalah jerawat yang teruk, sensitif atau sangat berminyak. Rumusan yang kaya vitamin C mampu mengecutkan jerawat, memperbaiki sel2 kulit berparut/rosak dan mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Sabun Kuning (Vit-E) sesuai untuk kulit normal, matang, kusam, parut2 jerawat lama, pori2 terbuka dan berjeragat.

Sabun Sf Beauty adalah asas penting dalam penjagaan wajah harian. Ia berfungsi untuk membersih, menyegar dan mengekalkan kelembapan kulit secara alami menjadikan kulit lebih lembut dan halus.
cuci wajah 2 kali sehari (pagi/malam) setiap hari.

SF Day Cream: NOT 110600594 K
Berpelindungan UV menjauhkan selaran matahari, meratakan warna kulit, melembut dan menyihatkan wajah. Tidak berminyak. Sapu menipis sahaja sudah memadai.
Gunakan waktu siang 1 atau 2 kali sehari. Tidak perlu lagi penyegar dan pelembab lain.
juga sesuai sebagai alas bedak sebelum bersolek.

SF Day Night: NOT 110600595 K
Merawat, memudarkan parut jerawat/jeragat serta memerangi tanda2 penuaan pramatang seperti kedutan halus dan kulit kendur, mencerah serta menganjalkan kulit. Anda dapat rasai perbezaannya apabila bangkit waktu pagi.
Sapu pada kulit setiap malam sebelum tidur (boleh kurangkan penggunaan kepada 2-3 kali seminggu sahaja apabila kesihatan/kecantikan kulit seperti diidamkan diperolehi).


TESTIMONI







Jom Cuba SF BEAUTY....Sudah Tentu Anda Akan Berpuas Hati....Insyallah:)